Friday, August 28, 2009

emm...sedapnyaaaaa



Tepung Pelita Sumber: Majalah Keluarga Disember 1996


Bahan-Bahan:
1 bungkus tepung beras

1 cawan gula halus

2 ½ cawan santan pekat

5 cawan air panas
½ cawan jus pandan

Garam secukup rasa

Daun pisang (potong empat segi)


Cara:
Bancuh satu cawan tepung beras bersama pati santan serta garam (secukup rasa). Ketepikan. (Adunan A).


'Bancuh tepung yang selebihnya dengan air panas, jus pandan dan kacau hingga cair (jangan terlalu cair). (Adunan B).


Bentukkan daun pisang menjadi empat persegi. Jerangkan air kukusan. Apabila mendidih atur acuan daun pisang diatas dulang. Masukkan 1 sudu teh gula ke dalam setiap acuan. Setelah itu bolehlah dikukus. Bila adunan B telah beku, tuangkan adunan A ke atasnya. Setelah itu kukus lagi sehingga masak.

0 comments:

Post a Comment